Hi sahabat sekalian... Cik Shi harap dan hanya harapkan anda semua sihat-sihat dan comel-comel belaka. Okey....
Ini semalam punya ceritalah kan sebab hari ini sudah 1/03/2020 begitu pantas masa berlalukan.... huhuhuk (batuk sekejap) bila masa berlalu ni angka umur pun berlalulah kan???
Lupakan seketika tentang masa berbalik balik apa yang 'suprise' ialah semalam merupakan detik sejarah bagi negara MALAYSIA sebab telah mendapat PERDANA MENTERI BARU....sebelum berakhir tempoh pemerintahan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan kesinambungan daripada perletakkan jawatan bekas Perdana Menteri yang ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu pada 24/02/2020. Perletakkan jawatan oleh Tun M telah mengejutkan seluruh rakyat negara Malaysia. Selepas itu, Malaysia diterajui oleh beliau sendiri tetapi dengan jawatan Perdana Menteri Interim sehinggalah 29/02/2020 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan...
Ok sekarang cik Shi nak imbas kembali sejarah dan pengajian am ok BERSEDIA
Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri.
Share
Tweet
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menerima dengan hati lapang dan tidak mempersoal ketetapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri kelapan seperti yang diputuskan hari ini.
Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata ketetapan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersoal dan dirayu.
Beliau menjelaskan Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri.
“Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang amat luas dalam melaksanakan budi bicara dalam bahagian ini. Perkara 43(2) (a) ada disebutkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin” mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Selalu kita ada baca kuasa budi bicara YDA kan? Jadi pada abad ke 20 ini kita berkesempatan melihat penaplikasian kuasa budi bicara YDA dalam melantik PERDANA MENTERI sebab sebelum ini sejak Cik Shi celik mata kan akan diadakan pilihan raya, parti yang menang akan bentuk kerajaan dan pengerusinya akan menjadi Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri ke-8 ini istimewa sikit...
Suprise tak bila dengar tiba -tiba ada pengumuman itu... sebab sebelum ini kan nama beliau jarang diuar-uarkan. Apa-apa pun sahabat semua marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan semua tak kira agama dan kepercayaan..
Ok
Setakat inilah untuk kali ini.
Bye......
No comments:
Post a Comment